“Saya baru lagi dalam Network Marketing, dan dah ada beberapa prospek reject saya, sekarang saya takut nak kongsi peluang saya dengan orang lain. Macam mana saya nak buang rasa takut “rejection”?
Perkataan “rejection” memang dah sebati dengan dunia Network Marketing.
Jadi ini apa yang anda boleh buat.
Kunci untuk tangani masalah ni adalah dengan ubah mindset atau sudut pandang kita terhadap tugas kita.
Kalau mindset anda adalah anda mesti “close” semua orang, semua orang mesti join anda, ini akan timbulkan rasa takut dan terdesak.
Dan manusia boleh bau dari jauh kalau kita rasa takut dan terdesak.
Jangan terlalu fokus kepada hasil atau result.
Anda kena faham, tugas anda bukan untuk yakinkan seseorang untuk join anda.
Tugas anda hanyalah untuk tunjukkan plan anda, supaya prospek anda nampak, dan faham apa yang anda tawarkan. Itu sahaja!
Keputusan ada ditangan prospek anda. Anda tak boleh paksa orang yang taknak.
Yang bagusnya, kebanyakan syarikat Network Marketing dah sediakan “tools” yang membantu anda.
“Tools” inilah yang akan bantu anda untuk yakinkan prospek anda.
Tugas anda hanyalah tunjukkan “tools” tersebut kepada prospek anda.
Jadi..
1. Jangan terlalu fokus kepada result.
2. Gunakan “tools” yang syarikat anda dah sediakan.
3. Berlatih cara “present” peluang anda.
4. Fokus tunjukkan “tools” tersebut kepada seramai mungkin orang.
5. Sedar hakikat yang anda tak boleh paksa orang untuk buat pilihan.
Akhirnya sekali, it’s all just a number’s game. Lagi ramai orang nampak, lagi ramai akan join anda.
Jadi yang paling penting.. Have fun!
P/S: Nak belajar bagaimana tunjukkan peluang anda kepada berpuluh-puluh orang setiap hari dengan kuasa internet? Training ini untuk anda.