Apa Beza “Jana Pendapatan” Dengan “Bina Kekayaan”?

Anda kenal mana-mana doktor, engineer, ataupun lawyer yang rajin dan ada income besar – tapi mereka seolah-olah terperangkap?

Mereka tak happy, asyik stress, dan sentiasa terkejar-kejar?

Ini benda yang biasa berlaku.

Walaupun golongan professional ni mereka ada duit banyak untuk beli dan buat apa yang mereka minat, tapi kebanyakan mereka tak ada masa.

Sebab apa?

Sebab mereka “terpaksa” teruskan berkerja untuk “jana pendapatan”.

Kebanyakan masa mereka terpaksa diluangkan di tempat kerja.

Mereka “terpaksa” berkerja untuk maintain lifestyle dan komitmen mereka.

Dan sesiapa sahaja yang terpaksa berkerja untuk jana pendapatan, tak kira sikit atau banyak mana pun income mereka..

Mereka adalah golongan yang terperangkap.

Ini sebabnya..

Untuk jana pendapatan, anda sebenarnya sedang jual masa anda untuk dapat duit.

Maksudnya, kalau anda tak berkerja, anda tak dapat income.

Tak kiralah anda pengutip sampah dengan gaji RM7 sejam, atau pakar bedah jantung dengan gaji RM5,000 sejam.

Bila anda berkerja 10 jam, anda akan dibayar dengan nilai 10 jam tersebut.

Dan bila anda berhenti kerja (tak kira sama ada sebab sakit, penat, cedera, atau kena pecat.), income anda pun akan berhenti!

Ramai golongan professional yang terperangkap dengan lifestyle mereka.

Mereka ada dalam satu kitaran yang berulang dan berulang!

Katakanlah, kita ambik contoh Encik Adam (bukan nama sebenar).

Encik Adam adalah seorang pakar bedah dengan pendapatan 6 angka setahun.

Encik Adam ada rumah yang selesa, pakai kereta mewah, asyik makan restoran mewah, dan kadang-kadang beliau pergi bercuti..

Tak dinafikan, ramai yang idamkan lifestyle macam Encik Adam..

Tapi sebenarnya tak ramai tahu, yang semua itu ada harganya.

Encik Adam sedang “bayar” lifestyle beliau dengan sesuatu yang sangat-sangat mahal, iaitu kebebasan beliau.

Ya, beliau ada gaji tiap-tiap bulan, tapi itu hanya pendapatan semasa sihat.

Dan beliau tak ada kebebasan untuk pergi mana-mana yang beliau suka.

Beliau terpaksa berkerja untuk tampung komitmen beliau yang banyak.

Beliau kena jugak pergi kerja setiap hari, tak kira beliau nak ataupun tak.

Kalau beliau tak datang kerja, beliau tak akan dibayar.

Dan kalau beliau tak dibayar, beliau tak boleh bayar bil dan hutang pinjaman beliau setiap bulan.

Saya bukannya rendahkan orang yang berkerja. Tidak sama sekali. Berkerja tak salah. 

Saya cuma menyampaikan fakta yang berkerja jarang-jarang boleh berikan seseorang kebebasan.

Sebab income dari pekerjaan berbentuk linear. 

Jadi apa beza orang yang jana pendapatan (dengan berkerja), dengan orang yang bina kekayaan?

Membina kekayaan, adalah bila income anda tak terikat dengan masa.

Iaitu dengan menggunakan konsep yang dipanggil Leverage.

Anda boleh leverage masa, duit, dan tenaga anda supaya kerja 10 jam anda dibayar macam berkerja 100 jam, atau mungkin 1,000 jam!

Kenapa orang kaya jadi lebih kaya?

Sebab mereka laburkan sebahagian wang mereka tahun demi tahun.

Dengan cara ini, duit mereka berkerja untuk mereka.

Kalau mereka simpan duit dalam bank, duit mereka takkan berkembang, malah makin berkurang akibat inflasi.

Tapi bila mereka laburkan wang mereka di platform yang betul..

Wang mereka bergerak. 

Wang mereka mengalir.

Wang mereka berkerja.

Dan sedikit demi sedikit, wang mereka berkembang, dan terus berkembang.

Ini caranya orang kaya buat duit walaupun mereka tengah tidur!

Tapi macam mana untuk rakyat marhaen macam kita? 

Macam mana kalau anda tak banyak modal wang untuk dilaburkan?

Haa.. Ini rahsianya.

Pernah dengar pepatah “masa itu emas”?

Ya.. Masa anda juga adalah aset yang dilaburkan.

Kalau kita cakap pasal modal duit, tak semua orang ada jumlah duit yang sama.

Tapi, semua orang ada jumlah masa yang sama!

24 jam sehari, 168 jam seminggu, 672 jam sebulan, 8,064 jam setahun. 

Tak lebih tak kurang.

Jadi macam mana anda gunakan masa anda, akan menentukan sama ada anda bakal jadi kaya, atau terus “stuck” dengan situasi kewangan yang sama.

Apa beza menjual masa (macam kisah Encik Adam tadi) dengan melabur masa?

Sama jugak macam kes duit tadi..

Bezanya ada pada platform.

Kemana kah anda meluangkan masa anda. Kemana kah fokus anda.

Kebanyakan orang tak berjaya bina kekayaan adalah sebab mereka tak tahu adanya sistem membina kekayaan yang mereka boleh ikut.

Jadi kita ikut sahaja plan yang orang ramai ikut. 

Bila kita buat apa yang kebanyakan orang buat, kita akan dapat apa yang kebanyakan orang dapat.

Tapi dengan platform yang betul, anda juga boleh jadi orang seterusnya yang dapat apa yang ramai orang tak dapat.

Iaitu kekayaan sebenar, dan kebebasan.

Nak tahu platform dimana anda boleh laburkan masa anda untuk capai kebebasan dan capai semua impian anda? 

Join webinar percuma ini untuk tahu caranya.

SHARE!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram