Anda dah ada team yang agak ramai, tapi ramai yang lemau, tak bermotivasi dan tak ambil tindakan?
Pertama sekali, anda kena faham ni: Kelajuan team bergantung kepada kelajuan leader.
Kalau anda nak team anda buat result, ANDA DULU kena buat result.
Kalau anda nak team anda bermotivasi, ANDA DULU kena bermotivasi.
Kalau anda nak team anda buat tindakan, ANDA DULU kena bertindak.
Cuba fikir, kalau anda seorang ahli team, anda nak leader yang macam mana?
Adakah anda akan tertarik dengan leader yang ada result, atau yang slow?
Anda akan lebih bermotivasi dengan leader yang ambil tindakan konsisten, atau leader yang hanya harap downline untuk ambil tindakan?
Seeing is believing.
Team anda kena nampak anda ambil tindakan, bukan hanya cakap nak ambil tindakan.
Momentum kumpulan akan datang selepas momentum peribadi.
Untuk berjaya dalam Network Marketing perlukan tindakan, dan untuk bertindak, perlu ada kepercayaan.
Cara terbaik untuk buat orang percaya adalah dengan anda sendiri buat dan dapat result dulu.
Team anda akan tengok anda.
Kalau team anda tengok anda “sponsor” 10 downline baru dalam 2 bulan, mereka akan cakap “Kalau leader aku boleh sponsor 10 orang, aku mesti boleh sponsor at least 5 orang!”.
Selain tu, anda kena sedar yang bukan tugas anda untuk ubah manusia.
Ada dua golongan dalam Network Marketing, saya panggil geng Ayam dan geng Helang.
Geng ayam akan muncul sekali-sekala, sembang lebat, dan kemudian hilang.
Dalam meeting sembang pum pang pum pang, bila balik tak buat tindakan.
Kemudian anda ada geng Helang.
Geng Helang ni mereka pun ada cabaran, sama macam orang lain.
Mereka pun tak suka kerja mereka dan rasa nak berhenti, mereka pun tak cukup duit dan kadang-kadang pokai.
Tapi beza mereka dengan geng Ayam, adalah mereka serius nak ambil tindakan untuk ubah hidup mereka.
Ya, memang ada geng Ayam yang akan bertukar jadi geng Helang kalau dilatih dengan betul.
Dan anda boleh tahu ini dari tindak tanduk mereka.
Mereka datang tak event syarikat?
Mereka ikut cakap tak?
Ada tak mereka complain memanjang?
Ada tak mereka “play victim” dan asyik salahkan benda lain selain diri mereka sendiri?
Dan paling penting, ada tak mereka ambil tindakan dan terus mencuba?
Untuk motivate team anda, anda kena tahu dalam team anda, siapa geng Helang dan siapa geng Ayam.
Sebab sekuat mana pun anda cuba, anda takkan boleh buat geng Ayam terbang!
Anda akan penat, bazir masa dan bazir tenaga.
Tapi berbeza dengan geng Ayam, geng Helang memang dilahirkan untuk terbang.
Mereka hanya perlukan sedikit bimbingan, dan halatuju. Tunjukkan mereka cara, dan kemana untuk mereka terbang.
Kesimpulannya, untuk bina team Helang, anda sendiri kena jadi Helang.
Dapatkan result secepat mungkin. “Sponsor” 10 orang dalam masa yang singkat.
Kalau anda boleh “sponsor” 10 orang dengan pantas, kebanyakan masalah anda dalam Network Marketing pasti selesai.