Apa Makna Sebenar Kekayaan?

“If you have to tell people you’re rich, you ain’t” – Joe E. Brown.

Apa makna sebenar kekayaan? 

Sudah tentu, perkataan “kaya” tak sama maknanya untuk semua orang.

Pada saya, kekayaan itu bukan sahaja bila anda mampu untuk beli segala benda yang anda nak beli. 

Itu hanya sebahagian dari makna kaya.

Bagi saya, kekayaan sebenar adalah bila kita ada kebebasan, atau freedom.

Saya suka definisi kekayaan, atau kejayaan dari Tony Robbins ni.

Kejayaan adalah bila anda boleh buat apa sahaja yang anda suka, bila-bila masa, dimana sahaja, dengan sesiapa yang anda suka, dan sebanyak mana yang anda suka.

Anda setuju?

Kebanyakan orang rasa kekayaan sebenar adalah bila mereka ada duit yang banyak dan boleh beli macam-macam benda.

Tapi orang yang bijak, mereka faham, yang kekayaan sebenar adalah bila anda ada lebih banyak masa untuk buat apa yang ANDA SENDIRI nak buat.

Jom fikir sekejap.

Bayangkan, bila anda dah tua, bila rambut anda dah beruban, dan anda fikir balik tentang kehidupan anda.. 

Yang mana akan buat anda rasa lebih rugi: 

Ruginya tak dapat beli rumah berjuta ringgit dan kereta mewah yang anda suka?

Atau..

Ruginya tak dapat luangkan lebih masa dengan anak-anak anda waktu diorang kecik dulu?

Yang mana akan buat anda rasa lebih menyesal?

Menyesalnya tak kerja lebih keras kat tempat kerja untuk naik pangkat?

Atau..

Menyesalnya tak dapat bersama mak ayah atau orang tersayang semasa mereka perlukan anda?

Masa adalah komoditi kita yang paling bernilai – Jauh lebih bernilai dari emas dan permata.

Sebab bila ia dah berlalu, kita takkan boleh dapatkannya kembali.

Kalau kereta anda rosak teruk, anda sentiasa boleh beli kereta baru.

Kalau anda hilang pekerjaan, anda masih boleh cari pekerjaan baru.

Kalau anda hilang duit, anda sentiasa boleh cari balik duit.

Tapi setiap saat yang dah berlalu, anda takkan mampu dapatkannya kembali.

Dapat sesuatu?

Saya doakan anda berjaya bina kekayaan yang sebenar dan capai kebebasan wang, masa, dan pilihan.

P/S: Nak tahu apa beza “jana pendapatan” dengan “bina kekayaan”? Jom baca artikel ini.

SHARE!

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram